Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan Bagi Penerima-Penerima Daerah Petaling Dan Klang sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-76 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Januari 2022.
Seorang sukarelawan memeriksa tanglung yang di gantung sekitar kawasan tokong bagi persiapan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut di Tokong Nam Yin Tong, Sasaran, Sg buloh pada 22 Januari 2022.
Pembuat mi tarik, Wang Jianqiang, 30 melakukan peregangan doh ketika tinjauan SelangorKini di Restoran Amber Chinese Muslim, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2022.
Ismail Hamzah, 27, menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) ketika tinjauan Media Selangor di Seksyen 19, Shah Alam pada 10 Januari 2022.
Penerima (dari kanan), Vanaja Tangariasoo, 46, Siti Rajiah Ahmad, 41, dan Teh Ah Hong, 40, menunjukkan sampul Bantuan Selangor Bangkit dan Bantuan Wang Ehsan yang diterima di Dewan MBSA Jalan Kebun, Shah Alam pada 10 Januari 2022.
Mekanik membaiki motosikal yang rosak akibat dilanda banjir ketika tinjauan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 3 Januari 2022.
EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim (kanan) bersama ADN Kota Kemuning, V Ganabatirau (kiri) meninjau keadaan pintu air Taman Sri Muda, Shah Alam pada 29 Disember 2021.
Kerja pembersihan pasca banjir oleh Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bersama Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) menggunakan jentera dan lori Roro di Kampung Cemperai, Dengkil pada 28 Disember 2021.
Penduduk melonggokkan sampah dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir di hadapan rumah mereka sebelum diuruskan pelupusannya oleh pihak berwajib semasa melakukan kerja pembersihan kediaman masing-masing selepas banjir surut di Kampung Kenangan, Puchong pada 23 Disember 2021.
Keadaan tanah runtuh di Genting Peras, Hulu Langat pada 23 Disember 2021.
Amirul Hafiz Aman, 32, (kiri) dibantu rakannya Firdaus Md Arif, 32, membersihkan rumahnya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat ketika tinjauan keadaan selepas banjir pada 22 Disember 2021.
Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan helikopter menghantar bekalan makanan kepada penduduk terjejas akibat banjir di Stadium Mini Batu 14, Hulu Langat pada 22 Disember 2021.
Roslan Abd Manan, 71, melihat barangan isi rumahnya yang rosak dan berlumpur ketika tinjauan keadaan selepas banjir di Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada 22 Disember 2021.
Penduduk meredah banjir ketika tinjauan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 21 Disember 2021.
Tuti Osman, 50, membersihkan rumahnya daripada lumpur selepas banjir surut di Pangsapuri Perdana Seksyen 13, Shah Alam pada 21 Disember 2021.
Kerja pembersihan sedang dilakukan ketika tinjauan keadaan selepas banjir di Pasaraya Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 21 Disember 2021.
Penari kumpulan kesenian Citra Ugik mempersembahkan tarian Paduppa ketika program Junjungan Kasih Melestarikan Budaya Warisan (Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor) di Istana Bandar, Kuala Langat pada 11 Disember 2021.
Pempamer, Khoirun Nisya Ruslan, 23, (kanan) menerangkan permainan Qingo kepada pengunjung di gerai pameran Akademi Sinergi Iklas ketika Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 11 Disember 2021.
Penari memperagakan pakaian tradisional Malaysia ketika majlis Pelancaran Tourism Selangor Global Convention di Hotel New World Petaling Jaya pada 10 Disember 2021.
Pengunjung melihat karya peserta ketika majlis Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam pada 9 Disember 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.