GOMBAK, 30 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang menuntut di Kolej Teknikal Azmida (ATC), Sri Gombak.
SEREMBAN, 30 JULAI: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita hari ini dipercayai mempunyai kaitan kes mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol.
PETALING JAYA, 30 JULAI: Lebih 800 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan bakal menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) sebanyak RM300 sebulan.
SHAH ALAM, 29 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru umat Islam memperbaharui azam supaya menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam menghadapi dunia yang kian mencabar.
SHAH ALAM, 29 JULAI: Karnival Pengguna Arif 2022 bakal diadakan pada Ahad ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai hak seorang pengguna.
BALING, 29 JULAI: Trauma dengan kejadian kepala air pada 4 Julai lalu menyebabkan sebilangan besar mangsa banjir di beberapa buah kampung di Kupang di sini, memilih untuk terus berada pusat pemindahan sementara (PPS) walaupun keadaan banjir di kediaman mereka telah pulih hari ini.
Daripada Amiril Muttaqien Meketar BIRMINGHAM, 29 JULAI: Perenang semakin meningkat naik negara Khiew Hoe Yean layak ke peringkat akhir 400 meter (m) gaya bebas lelaki Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini. Hoe Yean, berjaya menempatkan diri sebagai perenang ketujuh terbaik daripada 21...
ZURICH, 29 JULAI: Lebih daripada setengah juta orang memohon menjadi sukarelawan global untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebanyak 16 syarikat pemula dipilih menyertai program Pemecut Fesyen Selangor yang julung kali diperkenalkan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).
SHAH ALAM, 29 JULAI: Air Selangor hari ini memperkenalkan dua anggota baharu Skuad Hidro yang akan tampil dalam siri 'Master Class Air Selangor' Selain Nabil Ahmad dan Makcik Roastmah, siri 'Master Class Air Selangor' kini dianggotai Daniel Cheang dan Layla Sania. "Nantikan siri baharu...
SHAH ALAM, 29 JULAI: Kerajaan Selangor akan membentang Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada November depan, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).
SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor terbabit dalam kerja selenggara aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pada 9 hingga 11 Ogos ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
PUTRAJAYA, 29 JULAI: Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
SEREMBAN, 29 JULAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jempol, dipercayai sejak Mei lepas.
TOKYO, 29 JULAI: Jepun mencatatkan 233,100 kes harian Covid-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, esok.
SHAH ALAM, 26 JULAI: Seramai 50 peserta menyertai persidangan pendaftar muallaf dan pusat pengurusan pengislaman (PPP) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Daripada Muhammad Afiff Md Adnan UBON RATCHATHANI (Thailand), 26 JULAI: Perenang negara Low Zheng Yong meraih emas sulung Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki di kampus Ban Yang Noi di sini hari ini. Zheng Yong pada final acara...
SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerajaan Negeri wajar mencari formula baharu termasuk peruntukan dana kepada KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi memastikan agensi itu tidak terbeban sekali gus dapat mengurus sisa pepejal dengan baik.
SHAH ALAM, 26 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) menolak Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.