SHAH ALAM, 28 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di 11 kawasan di Klang mulai jam 8 malam ini hingga jam 4 pagi esok.
PASIR MAS, 28 FEB: Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi bencana banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki dilihat sangat efektif, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
SHAH ALAM, 28 FEB: Program Transformasi Perniagaan (BTP) membantu meningkatkan nilai pelaburan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) sebanyak enam kali ganda dalam tempoh enam tahun.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Peserta Sukan SEA Hanoi 2021 mungkin perlu menunggu sehingga akhir April untuk mendapatkan garis panduan dan tatacara operasi piawai (SOP) berkaitan Covid-19 yang muktamad, berdasarkan kepada situasi semasa menjelang temasya sukan itu.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Luruan monsun yang melanda negara telah pun melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik mulai 1 hingga 7 Mac ini.
SHAH ALAM, 28 FEB: Kehadiran orang ramai ke Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini bakal dilaksanakan mengikut zon bagi mengelakkan kesesakan di lokasi itu.
Oleh Noor Azuki Fahme Ismail KUALA LUMPUR, 28 FEB: Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah, dengan syarat memiliki status ‘imun’ dalam aplikasi ‘Tawakkalna’. Kementerian Haji dan Umrah (MoHU)...
PUTRAJAYA, 28 FEB: Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan mulai 2 Mac hingga 29 Mac ini melibatkan seramai 407,097 calon.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat kepada 22,450 orang yang ditempatkan di 234 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini berbanding 19,626 orang di 225 PPS, pagi tadi.
SABAK BERNAM, 27 FEB: Kerajaan Negeri akan menjual empat barang keperluan harian iaitu ayam, telur, daging dan ikan pada harga murah mulai hari ini hingga menjelang Aidilfitri menerusi program jualan prihatin rakyat.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menangguhkan perluasan program rintis bayaran bantuan kewangan tanpa tunai atau JKMPay ke negeri atau daerah lain, sehingga Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis tanpa tunai itu diselesaikan.
SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah menghantar sembilan anggota bagi membantu proses pemindahan mangsa banjir di Terengganu.
SHAH ALAM, 27 FEB: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada Wanita Berdaya Selangor tahun ini bagi melaksanakan program pembangunan dan pemerkasaan kaum hawa.
KUALA TERENGGANU, 27 FEB: Ratusan mangsa banjir dari PPSK (Projek Penyusunan Semula Kampung) Felcra Gunung Menerong dekat Ajil di Hulu Terengganu, yang terpaksa melarikan diri ke kawasan bukit di ladang kelapa sawit berikutan rumah mereka ditenggelami air, telah berjaya diselamatkan.
PUTRAJAYA, 27 FEB: Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapat keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu.
SEPANG, 27 FEB: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membenarkan individu yang sudah membeli kupon parkir bergores membuat tuntutan bayaran balik.
SHAH ALAM, 27 FEB: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu meluluskan portfolio baharu iaitu perubahan iklim yang diterajui Ahli Dewan Negeri Kajang, Hee Loy Sian.
KLUANG, 27 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua majikan di negara ini supaya menerima pakai salinan sijil digital perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), atau surat pelepasan kuarantin (RO) bagi mengelakkan kesesakan di pusat penilaian Covid-19 (CAC).
SHAH ALAM, 27 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan tatacara operasi piawai (SOP) yang menetapkan hanya jemaah lengkap dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau negeri ini.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu mengakibatkan jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus meningkat petang ini berbanding pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.