PUTRAJAYA, 26 APRIL: Kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannya di atas jalan berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Seorang lelaki warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan tidak memakai pelitup muka, dua minggu lepas.
SHAH ALAM, 26 APRIL: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.34 juta menerusi Jom Shopping Raya bagi membantu meringankan beban rakyat kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri.
Oleh Nurul Izzati Zaini KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Kes jenayah pecah rumah dijangka meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak dua tahun...
SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pembuangan sampah haram selepas menerima laporan pembakaran terbuka di Taman Universiti Sungai Tangkas di Semenyih.
KLANG, 24 APRIL: Program jualan murah barang keperluan asas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mendapat sambutan apabila daging segar dan ayam habis dijual kurang dari satu jam.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna dari Lembah Klang yang akan pulang ke kampung yang jauh pada 29 April hingga 2 Mei ini bagi perayaan Aidilfitri supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Kelab Bauhinia MPKj meraikan anak yatim dan asnaf dalam satu majlis yang diadakan di kediaman rasmi Yang Dipertua (YDP) MPKj.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan program kucing angkat 'We Love Cat' bagi memastikan haiwan terbiar yang ditangkap mempunyai penjaga.
KUALA SELANGOR, 24 APRIL: Baucar beli-belah sempena Aidilfitri kepada 500 keluarga kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang selesai diagih minggu lalu.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Orang ramai kini boleh menyalurkan aduan berkaitan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya secara lebih mudah dengan memuat turun aplikasi e-Aduan@JPJ.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Permohonan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) dan Didik Anis bagi tahun 2022 dibuka mulai 17 Mei ini.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan mahasiswa di Masjid Unisel kampus Bestari Jaya pada Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Sejumlah 210,000 pengunjung direkodkan membeli-belah di Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) 2022 untuk persiapan hari raya sejak bazar itu beroperasi pada 9 April lepas sehingga semalam.
KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Semua barangan keperluan asas yang dipasarkan dalam Jualan Prihatin Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang habis dijual 30 minit sebelum program berakhir.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang dijadual berlangsung pada 12 Mei ini.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan memberi jawapan terperinci mengenai kos sebenar pemerolehan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS).
SHAH ALAM, 23 APRIL: Pejabat Penerangan Daerah Sepang menjalankan program hebahan bergerak atau 'Info On Wheels' (IOW) di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, kelmarin.
ALOR SETAR, 23 APRIL: Polis masih mengesan baki 80 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Individu yang kurang arif mengenai ilmu kewangan atau mempunyai masalah disaran mendapatkan nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.