PBT

MPKj rai 73 anak yatim, asnaf sempena Ramadan

24 Apr 2022, 4:14 AM
MPKj rai 73 anak yatim, asnaf sempena Ramadan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Kelab Bauhinia MPKj meraikan anak yatim dan asnaf dalam satu majlis yang diadakan di kediaman rasmi Yang Dipertua (YDP) MPKj.

MPKj dalam perkongsian di Facebook memaklumkan seramai 56 anak yatim atau asnaf dan 17 anak ibu atau bapa tunggal diraikan dalam majlis itu.

Hadir sama, Pengerusi Kelab Bauhinia, Fadilah Razali serta Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Asfazly Hamzah.

"Pada majlis YDP MPKj, Najmuddin Jemain dan isteri, Suliza Ahmad turut menyampaikan sumbangan duit raya serta baucar membeli-belah bagi persiapan hari raya.

"YDP turut berkesempatan menyediakan dodol untuk diagihkan kepada kakitangan MPKj," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.