SEPANG, 7 JULAI: Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
SHAH ALAM, 7 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan bantuan kepada Abdul Wahid Mohd Adnan Gavala yang menghidap dua jenis barah bagi meringankan bebannya dan keluarga.
BALING, 7 JULAI: Tiga penduduk di Kampung Hangus di sini, mengalami kerugian lebih setengah juta ringgit apabila barangan rumah serta kenderaan mereka rosak teruk dalam kejadian banjir dan kepala air yang berlaku pada Isnin lepas di daerah ini.
SHAH ALAM, 7 JULAI : Selangor bakal memiliki projek 'Waste to Energy' (WTE) terbesar, berteknologi hijau dan moden di Malaysia menjelang tahun 2025.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat terhadap produk Veklury (remdesivir 100mg/vial) untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan Covid-19.
SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menghantar kakitangan bagi membantu operasi membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Kementerian Pendidikan menghormati segala keputusan dan prokotol yang telah dipatuhi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) berhubung tindakan badan itu membatalkan keputusan subjek Sejarah bagi 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Kem badminton Malaysia menerima tamparan hebat selepas tiada seorangpun pemain perseorangan negara sama ada lelaki atau wanita melangkah ke suku akhir Masters Malaysia, di sini esok.
SHAH ALAM, 7 JULAI: Kira-kira 100 pempamer yang menyertai Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) Mac lalu berjaya menembusi pasaran beberapa pasar raya besar terkemuka.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan 265 pasukan PLUSRonda akan ditugaskan ketika tempoh perayaan Aidiladha bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi kritikal sepanjang lebuh raya.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar di seluruh negara bermula esok bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena perayaan Aidiladha yang disambut Ahad ini.
SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerajaan Negeri belum menerima laporan penilaian yang menjadi syarat dalam perjanjian konsesi ditandatangani syarikat yang membangunkan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link).
SHAH ALAM, 7 JULAI: Jualan Prihatin Rakyat Aidiladha akan diadakan serentak di dua lokasi iaitu Gombak dan Pandan esok.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada apabila menziarahi ahli keluarga mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini bagi membendung peningkatan kes harian Covid-19.
SHAH ALAM, 5 JULAI: Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua pihak berkuasa tempatan negeri ini bersedia digerakkan ke Kedah bagi membantu mangsa banjir di Baling.
SHAH ALAM, 5 JULAI: Syarikat pengeluar oleokimia, Oleon Port Klang Sdn Bhd (Oleon Port Klang) hari ini menandatangani perjanjian pembelian bersama Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) bagi meluaskan operasi syarikat itu di Pulau Indah, Klang.
Oleh Nik Nur Najla Nik Zaid KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Keinginan mengikuti trend memakai pendakap gigi untuk tampil lebih cantik berakhir tragedi hanya disebabkan keghairahan mendapatkan perkhidmatan pergigian tersebut pada harga rendah. Menurut Nur Amira Afiqah, 24 tahun, beliau terjebak selepas...
BALING, 5 JULAI: Mayat remaja lelaki daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam, ditemukan pada 11.55 pagi tadi.
SHAH ALAM, 5 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor mengeluarkan notis kepada pemilik dan pengusaha kebun pisang susulan aduan masalah bau di Taman Bukit Raya 2, di Bukit Beruntung semalam.
KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Seramai 32 belia membuktikan mereka mampu menawan Bukit Dinding di Wangsa Maju, di sini, seperti insan yang sempurna fizikalnya, sekalipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.