Keadaan lokasi tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025.
Sukarelawan Wanita Berdaya Selangor (WBS) menyusun barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa kebakaran paip gas di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna di Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 4 April 2025.
Umat islam menziarahi pusara selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ijok, Kuala Selangor pada 31 Mac 2025.
Aliran trafik menghala ke Pantai Timur berjalan lancar ketika tinjauan Media Selangor pada pukul 11.25 pagi di Tol Gombak pada 30 Mac 2025.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega sempena Aidilfitri di Medan Selera MBSA Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2025.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bersalaman dengan orang ramai dalam majlis Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkenan menunaikan solat Maghrib di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025.
Kanak-kanak bermain di bilik Kiddocare sempena Konvensyen Wanita MyWira 2025 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 11 Mac 2025.
Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) membuang sampah ke dalam lori yang disediakan di bazaar Ramadan Seksyen 17, Shah Alam pada 10 Mac 2025.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 10 Mac 2025.
Ustaz Muhammad Firdaus Jaafar mengimamkan solat magrib ketika Program Tausiah dan Kongsi Barakah Iftar Ramadhan 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 Mac 2025.
Saif Akhdan Saiful Bahari,13, dibantu bapanya Saiful Bahari Yunos,42, mencuba songkok ketika membeli kelengkapan hari raya di Jakel, Shah Alam pada 8 Mac 2025.
Orang ramai membayar zakat fitrah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 Mac 2025.
Wawan Suwendi menjual kepak ayam madu dengan harga RM2.50 di bazar Ramadan Puncak Jalil 3/10, Subang Jaya pada 6 Mac 2025.
Penjawat awam membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Mac 2025.
Orang ramai beratur untuk membeli ayam madu otai yang dijual dengan harga RM28 seekor di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (enam, kiri) bersama pimpinan Kerajaan Negeri bergambar ketika pelancaran perkhidmatan bas elektrik sempena program Bas Smart Selangor sejurus tiba di pekarangan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 24 Februari 2025.
Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni mengupas karya agung Imam Al-Ghazali dan Kitab Mawaqif al-Marjan dalam Program Talaqqi Kitab Turath Ismail Islami siri ketujuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Februari 2025.
ADN Bukit Lanjan Pua Pei Ling (tengah) bersama ribuan tetamu yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bukit Lanjan di perkarangan Pasar Pagi Desa Jaya, Kepong pada 16 Februari 2025.
Orang ramai hadir mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga bersama MyfutureJobs di Dewan Beringin Seksyen 24, Shah Alam pada 15 Februari 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.