Selangor sumbang RM250,000 kepada organisasi FELDA, bantu generasi kedua miliki rumah

29 Nov 2026, 12:00 PM

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri mengumumkan sumbangan berjumlah RM250,000 kepada lima organisasi komuniti FELDA bagi memperkasa gerak kerja serta menjaga kebajikan warga peneroka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap pembinaan dan pemilikan rumah generasi kedua FELDA menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan.

“Kerajaan Negeri akan membantu serta memudah cara usaha ini bersama FELDA dan agensi berkaitan, termasuk dalam aspek tanah, infrastruktur dan penyelarasan teknikal.

“Anak-anak peneroka perlu diberikan peluang memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik berhampiran keluarga mereka,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Terdahulu, Amirudin menyertai Program MADANI Kita (PMK) FELDA Wilayah Trolak di FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Sumbangan berkenaan disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Permuafakatan Siswa-Siswi FELDA (PERSADA) dan Kami Anak FELDA (KAF).

Sementara itu, Amirudin berkata purata pendapatan bersih peneroka FELDA di seluruh negara meningkat daripada RM2,272 sebulan pada 2023 kepada RM3,800 sebulan tahun ini.

Beliau berkata, sepanjang 70 tahun penubuhannya sejak 1956, FELDA berjaya mengubah landskap sosioekonomi luar bandar selain melahirkan generasi yang menerajui pelbagai bidang profesional, perniagaan, pendidikan dan kepimpinan negara.

FELDA Wilayah Trolak merangkumi 21 rancangan di Perak dan Selangor dengan 7,847 peneroka termasuk di FELDA Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Soeharto dan Gedangsa di Hulu Selangor.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan FELDA bagi memastikan institusi ini kekal relevan serta berdaya saing, di samping menjamin kehidupan yang lebih baik buat generasi peneroka akan datang,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.