Kenderaan dinaiki dua beranak terjunam ke sungai, dihanyutkan 500 meter

29 Nov 2026, 7:48 AM
Kenderaan dinaiki dua beranak terjunam ke sungai, dihanyutkan 500 meter

JEMPOL, 29 NOV: Dua beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan sejauh kira-kira 500 meter di Kampung Langkap, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Norhisham Mustapar berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam ketika mangsa berusia 54 tahun bersama dengan anak lelakinya, 21 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun durian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan kebun tersebut sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

"Kedua-dua mangsa dapat keluar dari kenderaan berkenaan sebelum bantuan anggota bomba tiba di lokasi kejadian. Bagaimanapun kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norhisham berkata polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, khususnya pada musim hujan serta memastikan laluan dalam keadaan selamat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.