Peniaga durian rugi lebih RM450,000 terpedaya pelaburan janaan AI tidak wujud

25 Nov 2026, 8:19 AM
Peniaga durian rugi lebih RM450,000 terpedaya pelaburan janaan AI tidak wujud

KUANTAN, 25 NOV: Seorang peniaga durian kerugian lebih RM450,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan berkaitan janaan kecerdasan buatan (AI) tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata pada 30 Okt lepas, lelaki berusia 31 tahun itu berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Telegram dengan mempelawa mangsa untuk membuat pelaburan berasaskan pusingan wang menggunakan AI dengan tawaran keuntungan lumayan.

“Mangsa dipelawa masuk ke satu laman web dan memulakan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa membuat 22 kali transaksi melibatkan 12 akaun bank berlainan bagi tujuan pelaburan, yuran, penambahan nilai pelaburan dan denda, dengan jumlah kerugian RM450,879.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya setelah diminta memasukkan lagi wang bagi tujuan pengeluaran modal pelaburan,” katanya serta menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Shahril menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam masa singkat dan tergesa-gesa serta memastikan pelaburan yang disertai disahkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.