Banjir di Kuala Selangor, Skuad PANTAS bantu pindah penduduk

18 Nov 2026, 2:27 AM
Banjir di Kuala Selangor, Skuad PANTAS bantu pindah penduduk
Banjir di Kuala Selangor, Skuad PANTAS bantu pindah penduduk

SHAH ALAM, 18 NOV: Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) digerakkan bagi membantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke kawasan lebih selamat di beberapa lokasi sekitar Kuala Selangor.

MPKS memaklumkan anggota bertugas turut membantu menyelamatkan barangan penting milik penduduk bagi mengurangkan risiko kerosakan akibat banjir.

Menurutnya, kawalan dan pemantauan lalu lintas juga dilaksanakan di kawasan dinaiki air bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta melancarkan pergerakan kenderaan dan pasukan penyelamat.

“Anggota yang bertugas telah melaksanakan beberapa tindakan bantuan dan pemantauan di lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Anggota Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) meninjau keadaan sebuah kediaman yang dinaiki air banjir di sekitar Kuala Selangor. Foto Facebook MPKS

Empat lokasi penugasan membabitkan Taman Saujana Aman, Alam Suria/Dataran Suria, hadapan Proton di Persiaran Puncak Alam 6 dan Batu 22, Ijok.

MPKS memaklumkan pihaknya terus komited mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk, khususnya ketika berdepan bencana.

"Semangat kerjasama dan kesiapsiagaan anggota mencerminkan komitmen berterusan MPKS dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.