Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim YIDE 90 peratus siap

14 Nov 2026, 11:30 AM
Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim YIDE 90 peratus siap
Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim YIDE 90 peratus siap
Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim YIDE 90 peratus siap
Pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim YIDE 90 peratus siap

SHAH ALAM, 14 NOV: Projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Pulau Indah, Klang mencapai kemajuan sebanyak 90.5 peratus setakat ini.

Agensi itu memaklumkan pihaknya masih memerlukan sokongan infaq orang ramai bagi menampung kos operasi kompleks berkenaan apabila mula beroperasi kelak.

“Namun, apabila kompleks ini mula beroperasi kelak, pelbagai kos operasi perlu ditanggung secara berterusan.

“Antaranya termasuk keperluan harian anak-anak seperti dan pembangunan pendidikan serta keperluan mendatang bagi memastikan kompleks ini dapat beroperasi dengan baik,” katanya di Facebook.

Justeru, YIDE menyeru orang ramai untuk terus menyumbang dana bagu menyantuni anak-anak yatim demi membina kecemerlangan mereka.

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan https://yide.com.my/infaq/infak-dana-operasi-kompleks-anak-yatim-pulau-indah/.

Sebelum ini, Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata kos keseluruhan pembinaan kompleks itu dianggarkan sekitar RM17 juta.

Kompleks tersebut direka berkonsepkan Islamik kontemporari dan boleh menampung sehingga 108 anak yatim lelaki pada satu-satu masa.

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.