Imigresen tahan enam majikan tempatan, 174 warga asing di Seri Kembangan, Klang

9 Okt 2026, 5:30 AM

SHAH ALAM, 9 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan enam majikan tempatan dan 174 warga asing dalam operasi di sembilan lokasi sekitar Seri Kembangan dan Bandar Baru Klang pada 7 Oktober lalu.

Operasi tersebut melibatkan 149 pegawai yang menjalankan pemeriksaan terhadap 307 individu, terdiri daripada 121 warganegara Malaysia dan 186 warga asing.

JIM berkata enam majikan tempatan ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan penggajian warga asing.

“Setakat 7 Oktober lalu, seramai 1,880 majikan telah ditahan dengan kutipan kompaun mencecah RM41 juta,” maklumnya menerusi kenyataan di Facebook.

Sementara itu, JIM memaklumkan seramai 174 warga asing ditahan dalam operasi sama atas pelbagai kesalahan imigresen, termasuk menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan bekerja tanpa kebenaran.

“Warga asing yang ditahan berusia antara dua hingga 46 tahun itu ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

JIM menegaskan operasi penguatkuasaan bukan sahaja menyasarkan warga asing yang melanggar undang-undang, malah turut melibatkan tindakan terhadap majikan atau pihak yang melindungi mereka tanpa kebenaran.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.