Gangguan Microsoft 365 dipercayai bukan akibat serangan siber

13 Nov 2026, 3:18 PM
Gangguan Microsoft 365 dipercayai bukan akibat serangan siber

SHAH ALAM, 13 NOV: Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang melibatkan beberapa aplikasi utama termasuk Outlook dan Teams dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau infrastruktur, bukannya serangan siber.

Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memaklumkan gangguan itu turut melibatkan SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.

Menurutnya, gangguan berkenaan berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut pemakluman itu hari ini.

Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) disarankan supaya menyemak status perkhidmatan yang terjejas.

NC4 turut menasihatkan organisasi terbabit memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu, selain mengikuti perkembangan terkini daripada Microsoft.

Sebarang gangguan yang menjejaskan operasi organisasi juga perlu dimaklumkan menerusi saluran pelaporan sedia ada.

Hari ini, Microsoft memaklumkan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 di beberapa rantau berpunca daripada sejumlah pelayan yang tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba, bukan peningkatan trafik pengguna.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Microsoft 365 Status dalam kemas kini terbaharu menerusi platform X memaklumkan bahawa gangguan itu menyebabkan beban tambahan kepada infrastruktur yang masih beroperasi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.