Selangor peruntuk RM1 juta bangunkan hab dron Unisel Bestari Jaya

13 Nov 2026, 9:00 AM
Selangor peruntuk RM1 juta bangunkan hab dron Unisel Bestari Jaya
Selangor peruntuk RM1 juta bangunkan hab dron Unisel Bestari Jaya

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mengembangkan potensi Droneport-1000 di Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya, termasuk kerjasama bersama syarikat dan kepakaran tempatan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata teknologi dron terbukti mempunyai potensi meluas dalam sektor keselamatan dan wajar diteroka demi masa depan negeri.

“Bagi membuka peluang lebih luas dalam industri dron, sebanyak RM1 juta diperuntukan agar hab penerbanhan Droneport-1000 di Unisel Bestari Jaya dapat diteroka seluas mungkin oleh syarikat dan kepakaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Pada 2021, Unisel memeterai perjanjian persefahaman dengan Selangor Aviation Technology and Innovation Sdn Bhd (SELATI) untuk membangunkan Pusat Kemerlangan Dron

Selangor Pusat Kecemerlangan Dron Selangor (SDCoE).

SDCoE yang terletak di kampus Unisel Bestari Jaya merupakan sebahagian daripada Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang bertujuan menjadikan Selangor sebagai hab utama industri dron di rantau Asean.

Inisiatif strategik itu juga berupaya memacu ekonomi aeroangkasa melalui penyediaan ekosistem teknologi moden sekali gus membuka peluang kepada pembangunan industri dron tempatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.