1,179 mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS di Selangor pagi ini

12 Nov 2026, 1:51 AM
1,179 mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS di Selangor pagi ini

SHAH ALAM, 12 NOV: Seramai 1,179 mangsa banjir daripada 326 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah terjejas ialah Gombak, Petaling dan Kuala Selangor.

Di Perak, seramai 317 mangsa daripada 93 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak.

Sarawak pula merekodkan tujuh mangsa daripada sebuah keluarga yang berlindung di sebuah PPS di daerah Miri.

Secara keseluruhan, sebanyak 12 PPS dibuka di tiga negeri bagi menempatkan 1,503 mangsa daripada 420 keluarga.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 482 mangsa ialah wanita dewasa, 459 lelaki dewasa, 293 kanak-kanak lelaki, 227 kanak-kanak perempuan, 29 bayi lelaki dan 13 bayi perempuan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.