Remaja lelaki maut ditikam di taman awam

7 Nov 2026, 9:39 AM
Remaja lelaki maut ditikam di taman awam

SIBU, 7 NOV: Remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam di dada di sebuah taman awam di Jalan Gambir di sini, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Mangsa difahamkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut maklumat awal, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa kes itu masih dalam siasatan lanjut.

“Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut terhadap kes ini,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.