SHAH ALAM, 26 OKT: Remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di Kundang, Rawang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.30 malam.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan imej atau maklumat tidak disahkan berkaitan kejadian itu di semua platfom media sosial.







