KUALA LUMPUR, 5 NOV: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh pada aksi pusingan 16 hari ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinnam itu, Wei Chong-Kai Wun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mencatat kemenangan 24-22, 21-12 dalam masa 33 minit.
Pada aksi suku akhir, Wei Chong-Kai Wun dijadualkan berdepan pemenang pertemuan antara dua beregu Jepun Takuto Goto-Tsubasa Yoshida dan Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa.
Turut mengesahkan tempat ke suku akhir ialah beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing yang menewaskan pasangan Korea Selatan Jin Sung Ik-Lee Seung Hee 21-8, 21-15.
Pang Ron-Pei Jing bakal menentang pilihan utama dari China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin bagi merebut slot ke separuh akhir.
Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse mengalami nasib berbeza apabila gagal meneruskan kemaraan selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China Cheng Xing-Zhang Chi 7-21, 13-21.







