ad

Dua beregu campuran negara mara suku akhir Terbuka Korea

25 Sep 2025, 6:00 AM
Dua beregu campuran negara mara suku akhir Terbuka Korea
Dua beregu campuran negara mara suku akhir Terbuka Korea

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Dua beregu campuran negara melangkah ke suku akhir Terbuka Korea 2025 yang berlangsung di Gimnasium Suwon, Gyeonggi hari ini.

Pada aksi pusingan kedua, pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menewaskan gandingan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 21-16, 21-13 dalam 31 minit perlawanan.

Pasangan negara dijadual berdepan Yuta Watanabe-Maya Taguchi dari Jepun atau gandingan utama dunia Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China yang turun beraksi dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Bagi Tien Ci-Chiew Sien, mereka diheret beraksi dalam tiga set sebelum berjaya menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Lee Jongmin-Chae Yu Jung 9-21, 21-15, 21-17.

Wakil negara itu dijadual berdepan pemenang bagi pertemuan membabitkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje dan Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.