Dua anggota polis saman Mohd Shuhaily

5 Nov 2026, 5:33 AM
Dua anggota polis saman Mohd Shuhaily

SHAH ALAM, 5 NOV: Dua anggota polis yang mendakwa dikasari Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memfailkan saman terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) itu, semalam.

Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang bertindak selaku plaintif, memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan mereka melalui firma guaman,Tetuan Kamal Hisham & Associates di Mahkamah Sesyen Sepang.

Mereka menamakan Mohd Shuhaily sebagai defendan tunggal dalam tuntutan saman berkenaan yang antaranya berhubung dakwaan penahanan salah, serangan dan fitnah.

Menerusi kenyataan, Peguam, Kamal Hisham Ja'afar dan Muhammad Nor Tamrin yang mewakili kedua-dua plaintif berkata, tindakan itu diambil kerana kejadian didakwa membabitkan perbuatan Mohd Shuhaily atas kapasiti peribadinya sendiri, tanpa membabitkan kerajaan Malaysia.

Peguam itu berkata anak guam mereka mengemukakan empat kausa tindakan terhadap defendan iaitu tort penahanan salah, tort serangan, tort bateri dan tort fitnah menerusi saman sivil berkenaan.

Mereka turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana menyatakan pendirian jelas dan tegas dalam kes itu, bahawa semua pihak tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

"Kedua-dua plaintif percaya saman berkenaan adalah saluran yang tepat untuk mereka mendapatkan keadilan," kata mereka.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis terbabit.

Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Faiz dan Muhammad Ekmal Sofwan antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari, berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.