Paras air sungai di dua stesen JPS di Selangor lepasi tahap bahaya

4 Nov 2026, 1:27 AM
Paras air sungai di dua stesen JPS di Selangor lepasi tahap bahaya
Paras air sungai di dua stesen JPS di Selangor lepasi tahap bahaya

SHAH ALAM, 4 NOV: Dua stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air sungai melebihi tahap bahaya pagi ini, manakala beberapa lokasi lain menunjukkan trend peningkatan.

Berdasarkan maklumat terkini portal Public InfoBanjir, stesen Saujana Aman merekodkan aras air 8.55 meter setakat jam 9 pagi, iaitu 1.05 meter melebihi tahap bahaya yang ditetapkan pada 7.5 meter.

Sementara itu, stesen Taman Desa Kemuning mencatatkan bacaan 3.19 meter pada jam 9.15 pagi, melebihi tahap bahaya 3 meter sebanyak 0.19 meter.

Bagaimanapun, aras air di kedua-dua stesen berkenaan menunjukkan trend menurun berbanding bacaan sebelumnya.

Dua lagi stesen berada pada tahap amaran, iaitu Batu Tiga dengan bacaan 5.26 meter dan Pintu Air Ijok, 3.61 meter.

Bacaan di Batu Tiga menunjukkan trend menurun, manakala Pintu Air Ijok terus meningkat.

Dalam pada itu, empat stesen merekodkan aras air melebihi tahap waspada, membabitkan Rantau Panjang (6.03 meter), Parit Mahang (3.68 meter), Pekan Meru (3.99 meter) dan Jambatan S.K.C (18.22 meter).

Daripada jumlah itu, Rantau Panjang, Parit Mahang dan Jambatan S.K.C menunjukkan trend menaik, manakala Pekan Meru kekal tidak berubah.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini aras air dan hujan menerusi portal rasmi Public InfoBanjir.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.