Jambatan mendap akibat hujan lebat, laluan Paya Jaras-Kubu Gajah ditutup

4 Nov 2026, 12:38 AM
Jambatan mendap akibat hujan lebat, laluan Paya Jaras-Kubu Gajah ditutup

SHAH ALAM, 4 NOV: Laluan menghubungkan Paya Jaras dan Kubu Gajah di Sungai Buloh ditutup kepada pengguna jalan raya susulan kejadian jambatan mendap akibat hujan lebat, awal pagi tadi.

Kejadian membabitkan jambatan di Jalan Kubu Gajah menuju Paya Jaras, berhampiran Jalan Gajah 16, menyebabkan laluan kedua-dua arah terputus.

Menurut makluman pihak polis, penutupan melibatkan semua laluan ke dan dari persimpangan Jalan Gajah 16 (JG16) dan Jalan Gajah 15 (JG15) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Laluan menghubungkan Paya Jaras dan Kubu Gajah di Sungai Buloh ditutup susulan kejadian jambatan mendap akibat hujan lebat pada 4 November 2026. Foto Facebook netizen

Laluan dari Paya Jaras menuju Kubu Gajah melalui persimpangan Jalan Gajah 23 (JG23) dan Jalan Gajah 24 (JG24) turut ditutup.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan Jalan Kuala Selangor (FT54) sebagai laluan alternatif untuk ke Merbau Sempak dan Kubu Gajah.

Penduduk dan pengguna jalan raya turut diminta mengelakkan kawasan terjejas, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.