PKPS perluas pasaran produk Ehsan menerusi kerjasama UiTM

30 Okt 2026, 7:21 AM
PKPS perluas pasaran produk Ehsan menerusi kerjasama UiTM
PKPS perluas pasaran produk Ehsan menerusi kerjasama UiTM
PKPS perluas pasaran produk Ehsan menerusi kerjasama UiTM
PKPS perluas pasaran produk Ehsan menerusi kerjasama UiTM

SHAH ALAM, 30 OKT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi memperluas pasaran produk Ehsan, selain membuka peluang kepada mahasiswa menceburi bidang keusahawanan.

Menerusi kerjasama itu, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dipilih sebagai lokasi perintis bagi pelaksanaan Dapur Ehsan di bawah inisiatif Inkubator Keusahawanan Majlis Amanah Keusahawanan Mahasiswa (MASMED).

Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd, Md Fazir Abdul Latif berkata pihaknya menyediakan kemudahan Dapur Ehsan bagi menyokong latihan keusahawanan mahasiswa serta membantu memasarkan produk Ehsan di kampus.

Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd, Md Fazir Abdul Latif bercakap kepada media selepas majlis perasmian Pitstop HEP @ FKA Inkubator Keusahawanan Sulong UiTM dan PKPS di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM ,Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Objektif utama program strategik ini adalah untuk menyokong inkubator keusahawanan UiTM, dengan melatih usahawan dalam kalangan pelajar universiti ini, selain menyokong pemasaran produk Ehsan,” katanya.

Ditemui Media Selangor selepas Majlis Perasmian Pitstop HEP @ FKA di UiTM Shah Alam, hari ini, Md Fazir berkata UiTM Shah Alam menjadi projek rintis sebelum inisiatif berkenaan diperluaskan ke kampus lain, termasuk di luar Selangor.

Menerusi pelaksanaan Dapur Ehsan, PKPS menjangkakan kira-kira 2,000 hingga 3,000 mahasiswa menerima manfaat, selain menyasarkan sekurang-kurangnya 20 produk dipasarkan di universiti berkenaan.

“Setakat ini kita ada beberapa produk antaranya makanan sedia dimakan dan dijangkakan bilangan produk yang akan masuk di UiTM itu sendiri tidak kurang daripada 20 produk,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd, Md Fazir Abdul Latif (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ar-Rizqi Fortune, Ariifien Ismail (kiri) menandatangani plak perasmian ketika merasmikan Pitstop HEP @ FKA Inkubator Keusahawanan Sulong UiTM dan PKPS di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM ,Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Turut sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Solutions Sdn Bhd (dua, kanan). Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FKA, Prof. Ir. Ts. Dr. Norbaya Sidek berkata, inisiatif Pitstop HEP tercetus daripada idea dekan fakulti yang mahu menyediakan ruang seumpama itu di setiap fakulti.

Menurutnya, FKA dipilih sebagai lokasi perintis dengan menempatkan dua komponen utama, iaitu kiosk We Drink dan Dapur Ehsan PKPS.

Beliau berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan, di samping menyokong usaha memperkukuh ekonomi Bumiputera.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Prof. Ir. Ts. Dr. Norbaya Sidek bercakap kepada media selepas majlis perasmian Pitstop HEP @ FKA Inkubator Keusahawanan Sulong UiTM dan PKPS di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM ,Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Ini merupakan inisiatif yang amat berharga kerana saya rasa kita dapat memberi ruang kepada pelajar kerana kita tahu pemantapan ekonomi Bumiputera itu amat penting untuk kita bantu bersama-sama,” katanya.

Norbaya berharap inisiatif berkenaan dapat diperluaskan ke fakulti lain agar lebih ramai mahasiswa berpeluang memanfaatkan kemudahan serta ruang keusahawanan yang disediakan.

Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd, Md Fazir Abdul Latif (tengah) bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi (tiga, kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Solutions Sdn Bhd (dua, kiri) melawat ke reruai PKPS selepas perasmian Pitstop HEP @ FKA Inkubator Keusahawanan Sulong UiTM dan PKPS di Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM ,Shah Alam pada 30 Oktober 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.