Wanita warga asing melecur disimbah cecair berasid, polis buru kekasih

30 Okt 2026, 3:36 AM
Wanita warga asing melecur disimbah cecair berasid, polis buru kekasih

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang dipercayai menyimbah cecair berasid terhadap teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa melecur dalam kejadian di PJS4, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa, yang merupakan wanita warga asing berusia lingkungan 20-an serta bekerja di sebuah kedai makan.

“Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata beberapa saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.