Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren di Sepanyol - Kementerian Luar

29 Okt 2026, 12:14 PM
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren di Sepanyol - Kementerian Luar
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren di Sepanyol - Kementerian Luar
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren di Sepanyol - Kementerian Luar

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan maut kereta api laju berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol, pada Rabu, Kementerian Luar mengesahkan.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Khamis menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Sepanyol atas bantuan dan kerjasama mereka dengan Kedutaan Malaysia di Madrid.

“Kementerian juga ingin menyampaikan penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pihak berkuasa Sepanyol yang berkaitan atas bantuan dan kerjasama berharga mereka kepada Kedutaan Malaysia di Madrid dalam usaha mengesahkan sama ada terdapat warganegara Malaysia yang terjejas oleh insiden itu,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Sepanyol atas tragedi itu, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Media melaporkan dua tren penumpang berlanggar di wilayah Toledo Sepanyol pada Rabu selepas kerosakan komputer melumpuhkan sistem keselamatan.

Pihak berkuasa berkata hampir 70 orang maut dan tiga hari perkabungan negara telah diisytiharkan.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.