Terbuka Perancis: Sze Fei-Nur Izzuddin singkir juara bertahan, mara ke separuh akhir

24 Okt 2026, 12:49 AM
Terbuka Perancis: Sze Fei-Nur Izzuddin singkir juara bertahan, mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menyingkirkan juara bertahan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026, pada Jumaat.

Pilihan kelima itu memerlukan 36 minit untuk menyingkirkan pilihan utama kejohanan berkenaan 21-15, 21-18 pada aksi suku akhir kejohanan Super 750 di Arena Grand Paris.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang kini menghuni ranking kelima dunia seterusnya akan berdepan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menewaskan satu lagi gandingan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Lee Jong Min 21-14, 21-19.

Turut ke kelompok empat terbaik Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas perlawanan menentang rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti ketika mereka mendahului 5-0, susulan kecederaan di bahagian kaki yang dialami Wooi Yik.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu dijadualkan berdepan wakil Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang menundukkan pasangan China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 23-21, 21-18.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menewaskan Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-12, 21-15.

Pearly-Thinaah dijangka berdepan cabaran getir berdepan pasangan pilihan ketiga dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam aksi separuh akhir.

Terdahulu, pasangan Jepun itu mengetepikan rakan senegara Ririna Hiramoto-Chiharu Shida 21-18, 16-21, 21-15.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.