Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu

24 Okt 2026, 6:00 AM
Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu
Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu
Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu
Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu
Raja Melewar diberi nafas baharu, Mak Nani mahu jadi rujukan ilmu

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Filem Raja Melewar, karya terakhir arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong telah melalui proses restorasi dan diberi nafas baharu dibawah inisiatif isterinya, Seniwati Datuk Rosnani Jamil.

Rosnani atau lebih mesra disapa Mak Nani berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan filem berkenaan sebagai sumber rujukan ilmu penyuntingan kepada pelajar selain tidak berhasrat menjual hasil karya berkenaan kepada mana-mana pihak.

Beliau yang kini berusia 91 tahun mengambil masa selama tiga tahun untuk menyelesaikan suntingan filem Raja Melewar, dengan filem sejarah itu kini berdurasi satu jam setengah berbanding dua jam setengah sebelum ini.

“Sekarang ini, mak baharu selesai sunting Raja Melewar. Semasa kemas, mak terjumpa filem Raja Melewar dalam simpanan Allahyarham. Apabila mak semak, filem itu masih cantik, utuh dan jelas, tiada coreng-coreng.

“Kalau ada kumpulan yang mahu tonton, boleh. Mak tidak akan jual. Kalau ada pelajar universiti yang buat filem, boleh belajar macam mana mahu pendekkan filem, jadikan lebih cantik, dan sebagainya,” katanya kepada pemberita.

Datuk Rosnani Jamil berucap ketika majlis "Pelancaran Buku Kumpulan Puisi : Bendahara Hati" dan "Suara Dari Anjung: Dewan Budaya" di Wisma Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau ditemui selepas menyempurnakan pelancaran Buku Kumpulan Puisi Bendahara Hati bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Raja Melewar yang diterbitkan pada 1998 merupakan filem sejarah yang mengisahkan mengenai sejarah diraja Negeri Sembilan dan perjalanannya dari Pagaruyung Minangkabau.

Filem dengan durasi asal 110 minit ini berkisar tentang perjalanan hidup Tengku Mahmud, seorang putera raja dari Kerajaan Pagaruyung yang ditabalkan sebagai Yamtuan Besar pertama Negeri Sembilan pada kurun ke-18, dengan memakai gelaran Raja Melewar.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.