Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi lelaki meninggal dunia

19 Okt 2026, 12:52 PM
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi lelaki meninggal dunia

TASEK GELUGOR, 19 OKT: Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan wanita itu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata wanita itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya awal pagi tadi sebelum pengasuh berusia 25 tahun itu mendapati mangsa lemah dan tidak bermaya pada 9.50 pagi sebelum membawanya ke klinik kesihatan berdekatan.

Bayi itu dipercayai meninggal dunia sebelum tiba di klinik dan pemeriksaan fizikal awal tidak menemukan kesan lebam pada tubuh mangsa.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.