Pearly-Thinaah tamat penantian 18 tahun negara, juarai Terbuka Denmark

18 Okt 2026, 1:50 PM
Pearly-Thinaah tamat penantian 18 tahun negara, juarai Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Pemain badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.

Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Terbuka Denmark adalah pada 2008 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Kemenangan itu merupakan gelaran kedua Pearly Tan-M Thinaah selepas muncul juara pada Indonesia Masters awal tahun ini.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi gelaran di Terbuka Denmark menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di final.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.