Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah ke final, tamat penantian 18 tahun

17 Okt 2026, 1:00 PM
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah ke final, tamat penantian 18 tahun

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali beraksi di pentas final Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan China Bao Li Jing-Cao Zi Han pada aksi separuh akhir hari ini.

Pada perlawanan di SJF Bank Arena, Odense, pasangan pilihan kedua kejohanan itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan 21-16, 21-14 dalam tempoh 37 minit.

Kejayaan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian terbaik beregu wanita negara pada kejohanan berkenaan sejak Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul juara edisi 2008.

Menanti pasangan negara di final esok ialah pemenang satu lagi aksi separuh akhir membabitkan dua gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita dan Sumire Nakade-Miyu Takahashi.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing untuk melangkah ke final tidak kesampaian selepas tewas 13-21, 13-21 kepada pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Terdahulu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-14, 21-18 dalam tempoh 38 minit.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.