Hina institusi diraja: SKMM rakam percakapan individu, sita telefon

18 Okt 2026, 8:13 AM
Hina institusi diraja: SKMM rakam percakapan individu, sita telefon

SHAH ALAM, 18 OKT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam percakapan seorang individu dan menyita sebuah telefon bimbit susulan aduan berhubung hantaran media sosial yang disyaki menghina institusi diraja Negeri Sembilan.

SKMM memaklumkan kandungan yang dimuat naik menerusi platform Threads itu menyentuh isu berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurutnya, individu terbabit dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Labu bagi membantu siasatan dan mengenal pasti fakta berkaitan.

“Turut disita bagi membantu siasatan ialah satu unit telefon bimbit berserta eSIM untuk tujuan analisis forensik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya dalam kenyataan hari ini.

SKMM turut meneliti penyebaran hantaran tersebut dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain sekiranya terdapat unsur kesalahan yang memerlukan tindakan lanjut.

Tegasnya, kebebasan bersuara perlu diamalkan secara bertanggungjawab, berlandaskan undang-undang serta menghormati institusi diraja.

“Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan proses perundangan yang sewajarnya,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.