Pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

16 Okt 2026, 12:18 AM
Pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami

NILAI, 15 OKT: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.

"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Suami mangsa dibawa polis bagi membantu siasatan. Foto Facebook netizen

Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.

Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai suspek dibawa polis masuk ke kediaman lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan bergari sebelum dilihat keluar lebih kurang 20 minit kemudian.

Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 12.10 tengah malam sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk prosedur bedah siasat.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.