Lima lelaki ditahan disyaki terlibat serangan bersenjata di Petaling Jaya

10 Okt 2026, 3:03 PM
Lima lelaki ditahan disyaki terlibat serangan bersenjata di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Polis menahan lima lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian menyerang seorang lelaki menggunakan senjata berbahaya di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Pada 1.03 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis daripada lelaki warga tempatan memaklumkan telah diserang oleh beberapa individu... polis turut mengesan satu video berkaitan insiden tersebut yang tular di media sosial,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga suspek mempunyai beberapa rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah manakala dua lagi tiada rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata atau objek berbahaya semasa melakukan rusuhan... orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden ini,” katanya.

Shamsudin turut menyeru saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.