Belanjawan 2027: RM130 juta pacu industri perfileman, muzik tempatan

9 Okt 2026, 9:35 AM
Belanjawan 2027: RM130 juta pacu industri perfileman, muzik tempatan
Belanjawan 2027: RM130 juta pacu industri perfileman, muzik tempatan
Belanjawan 2027: RM130 juta pacu industri perfileman, muzik tempatan

SHAH ALAM, 9 OKT: Lebih RM130 juta diperuntuk bagi memperkasa industri karya kreatif tempatan merangkumi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sekali gus membuka peluang pekerjaan serta mengangkat karya Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Inisiatif ini turut merangkumi pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.

“Insentif tambahan juga disediakan bagi karya yang mengetengahkan budaya tempatan dan semangat kenegaraan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan mengumumkan pengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun hadapan.

Beliau turut menyeru kerajaan negeri mengambil langkah sama dengan memberi pengecualian penuh bagi menyokong penggiat seni dan pengkarya tempatan.

“Dalam usaha memperkukuh ekosistem animasi negara, kerajaan turut menyasarkan penghasilan 20 harta intelek (IP) baharu serta mengkomersialkan watak tempatan ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan menggembleng seluruh kekuatan kementerian, agensi dan institusi pendidikan supaya dapat menyumbang data bahasa digital yang sahih dan berantonasi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Dalam era kecerdasan buatan, Bahasa Melayu mesti segera maju seiring dengan kecanggihan teknologi.

“Justeru, pembangunan ekosistem digital penting bagi memastikan Malaysia berupaya membina teknologi kecerdasan buatan (AI) sendiri berteraskan identiti kebangsaan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.