Belanjawan 2027: Lebih 15,000 doktor dilantik jawatan tetap, noktah isu kontrak

9 Okt 2026, 9:00 AM
Belanjawan 2027: Lebih 15,000 doktor dilantik jawatan tetap, noktah isu kontrak

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan melantik lebih 15,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, sekali gus menoktahkan isu doktor kontrak di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seramai 4,000 telah ditawarkan jawatan tetap dengan lebih 9,000 lagi akan ditawarkan ke jawatan berkenaan tahun depan.

“Bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan, kadar bayaran insentif pos basik akan ditingkatkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

“Kerajaan juga bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan dilapor mengemukakan cadangan penambahbaikan elaun bagi petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) sejak November tahun lalu sebagai langkah menjaga kebajikan warga kerjanya.

Isu kadar elaun itu timbul selepas orang awam didedahkan mengenainya berikutan kejadian sebuah helikopter FDS terhempas di Lapangan Terbang Long Lellang, Sarawak dan mengorbankan empat kakitangan kementerian kesihatan termasuk seorang doktor.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.