Belanjawan 2027: Kerajaan sedia tanah 50 ekar perkasa ekonomi Bumiputera

9 Okt 2026, 8:42 AM
Belanjawan 2027: Kerajaan sedia tanah 50 ekar perkasa ekonomi Bumiputera
Belanjawan 2027: Kerajaan sedia tanah 50 ekar perkasa ekonomi Bumiputera
Belanjawan 2027: Kerajaan sedia tanah 50 ekar perkasa ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Kerajaan bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur, bernilai RM1 bilion, sebagai endowmen baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra bagi memperkukuh pemilikan dan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata endowmen itu mencerminkan komitmen dan tanggungjawab kerajaan untuk memperkasa kedudukan ekonomi Bumiputera.

Beliau berkata endowmen pertama kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra disediakan pada 1978 berjumlah RM200 juta, namun tiada endowmen susulan diberikan sejak 1981.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tanah berkenaan dicadangkan untuk dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan mengambil kira keperluan perumahan mampu milik serta kepentingan Bumiputera.

“Kerajaan turut bersetuju supaya tanah milik kerajaan seluas hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur dibangunkan bagi membina sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI, dengan 70 peratus daripadanya dikhususkan untuk Bumiputera,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan telah mewartakan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu, satu langkah yang disifatkannya belum pernah dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu.

“Petronas kini telah memulakan pembangunan di kawasan seluas 10 ekar yang pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.