Belanjawan 2027 diharap perkukuh ekonomi, ringankan beban rakyat - Anwar

8 Okt 2026, 2:24 PM
Belanjawan 2027 diharap perkukuh ekonomi, ringankan beban rakyat - Anwar
Belanjawan 2027 diharap perkukuh ekonomi, ringankan beban rakyat - Anwar

SHAH ALAM, 8 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok terus memperkukuh ekonomi negara dan meringankan beban rakyat.

Beliau berkata belanjawan itu juga diharap membuka lebih banyak peluang serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara lebih adil oleh seluruh rakyat.

“Mudah-mudahan Belanjawan 2027 ini terus memperkukuh ekonomi, meringankan beban rakyat, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai secara lebih adil,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut meninjau persiapan akhir Belanjawan MADANI Kelima menjelang pembentangannya esok.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan atas komitmen dan usaha mereka menyiapkan belanjawan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri memaklumkan Belanjawan MADANI Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.

Anwar dijadual membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang esok.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.