Tiga beradik maut nahas motosikal dengan lori di Pontian Johor

8 Okt 2026, 7:24 AM
Tiga beradik maut nahas motosikal dengan lori di Pontian Johor

SHAH ALAM, 8 OKT: Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor.

Mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi.

Menurutnya ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan menuju ke sekolah.

"Kejadian itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di seluruh Johor selama dua hari susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.