Selangor terus berjerebu, semua stesen rekod IPU tidak sihat malam ini

7 Okt 2026, 3:56 PM
Selangor terus berjerebu, semua stesen rekod IPU tidak sihat malam ini

SHAH ALAM, 7 OKT: Semua enam stesen pemantauan kualiti udara di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11.51 malam ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia mencatat bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 182.

Banting pula merekodkan IPU 170, diikuti Shah Alam 169, Petaling Jaya 167 dan Klang 165.

Kuala Selangor turut kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan 156.

Bacaan itu menunjukkan tiada stesen pemantauan di Selangor berada pada tahap sederhana setakat waktu berkenaan.

Di peringkat nasional, Nilai, Negeri Sembilan turut mencatat bacaan 182, sama seperti Johan Setia, manakala Segamat dan Pasir Gudang masing-masing merekodkan IPU 181.

Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, manakala 30 kawasan lain mencatat bacaan sederhana.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.

Orang ramai khususnya golongan sensitif disaran memantau bacaan semasa dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan udara terus merosot.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.