IPU lebih 201, IPT diberi autonomi tentukan mod pengajaran, pembelajaran

7 Okt 2026, 7:51 AM
IPU lebih 201, IPT diberi autonomi tentukan mod pengajaran, pembelajaran
IPU lebih 201, IPT diberi autonomi tentukan mod pengajaran, pembelajaran
IPU lebih 201, IPT diberi autonomi tentukan mod pengajaran, pembelajaran
IPU lebih 201, IPT diberi autonomi tentukan mod pengajaran, pembelajaran

PUTRAJAYA, 7 OKT: Pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan pihaknya memantau rapat perkembangan kualiti udara dan telah mengarahkan semua IPT di bawah seliaan kementerian itu agar memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.

“Pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod PdP yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan.

“Aktiviti luar juga perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa,” menurut kenyataan itu.

KPT mengingatkan warga IPT supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing.

“KPT akan terus memantau keadaan dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya,” menurut kenyataan itu.

Setakat 10 pagi tadi 35 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) JAS, kawasan Batu Pahat, Johor dan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu masing-masing 190, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing 189 serta Putrajaya (187).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.