Suri rumah dipenjara 12 bulan, denda RM8,000 menyamar pengarah kanan imigresen

6 Okt 2026, 6:45 AM
Suri rumah dipenjara 12 bulan, denda RM8,000 menyamar pengarah kanan imigresen

SHAH ALAM, 6 OKT: Suri rumah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan penyamaran sebagai pengarah kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pengarah JIM Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata wanita tempatan berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, semalam.

Menurut beliau, wanita terbabit didapati memiliki dokumen mengikut Akta Imigresen 1959/63 yang sudah dipalsukan.

“Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara selama 12 bulan berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan selain dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Anirwan berkata tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding pendakwaan yang dijalankan JIM Negeri Melaka.

Beliau berkata JIM Negeri Melaka memandang serius sebarang cubaan menyamar sebagai pegawai imigresen atau memalsukan dokumen berkaitan perkhidmatan jabatan berkenaan.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengelirukan orang awam serta menjejaskan keyakinan terhadap integriti dan kewibawaan JIM.

“JIM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam perbuatan sedemikian,” katanya.

Selain penjara, suri rumah berkenaan turut dikenakan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.