27 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi

6 Okt 2026, 5:29 AM
27 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1.23 petang hari ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor mencatat bacaan tertinggi dengan IPU 194, menghampiri paras sangat tidak sihat.

Ia diikuti Segamat dengan bacaan 170, Kluang (169), Pasir Gudang dan Tangkak masing-masing 168 serta Nilai, Negeri Sembilan pada 167.

Beberapa kawasan lain di Johor turut mencatat tahap tidak sihat termasuk Larkin (166), Kota Tinggi (159) dan Pengerang (158).

Di Selangor, Johan Setia merekodkan IPU 154, Shah Alam (151), Petaling Jaya (141) dan Banting (130).

Sementara itu, Klang dan Kuala Selangor kekal pada tahap sederhana dengan bacaan masing-masing 97 dan 69.

Turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Seremban (164), Bandaraya Melaka (161), Putrajaya (158), Indera Mahkota Kuantan dan Balok Baru Kuantan masing-masing 156 serta Cheras (155).

Bukit Rambai, Kemaman dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 154, manakala Batu Muda, Alor Gajah dan Paka masing-masing 153.

Rompin pula mencatat IPU 152, diikuti Shah Alam dan Jerantut masing-masing 151, manakala Port Dickson merekodkan bacaan 116.

Dalam masa sama, 35 kawasan lain merekodkan tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 97.

Antara kawasan berkenaan ialah Tawau (97), IPD Serian (94), Samalaju (92), Bintulu dan Kuching masing-masing 91 serta Temerloh (90).

Menurut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.