Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya

5 Okt 2026, 5:45 AM
Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya
Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya
Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya
Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya
Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya

SHAH ALAM, 5 OKT: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di Kampung Parit Selamat, hari ini.

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin Kadi Daerah Batu Pahat, Mohd Fauzi Bachok.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarhamah bagi meringankan beban mereka.

Seri Paduka Baginda turut memberikan kata-kata semangat kepada bapa Allahyarhamah, Mohd Khairool Faisal Khyar, neneknya Jameyah Rabani serta ahli keluarga lain.

Pertemuan berkenaan berlangsung hampir sejam.

Allahyarhamah Irene Sofiya, 16, ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng kira-kira jam 5.50 petang pada 3 Oktober lalu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis memaklumkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada kepala dan badan. Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun kemudian ditahan dan direman enam hari hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad kira-kira jam 7.50 malam semalam selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.