Kualiti udara enam kawasan di Selangor kekal sederhana

4 Okt 2026, 12:24 AM
Kualiti udara enam kawasan di Selangor kekal sederhana

SHAH ALAM, 4 OKT: Semua enam kawasan pemantauan kualiti udara di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 8 pagi ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Shah Alam mencatat bacaan tertinggi di negeri ini iaitu 91, diikuti Johan Setia (89).

Petaling Jaya dan Banting masing-masing merekodkan IPU 83, Klang (80) manakala Kuala Selangor mencatat bacaan 64.

Di seluruh negara, kebanyakan kawasan pemantauan turut merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik.

Bagaimanapun, tujuh kawasan mencatat IPU tidak sihat dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 156.

Ia diikuti Segamat, Johor (153), Samarahan, Sarawak (152), Kluang dan Tangkak, Johor masing-masing 151, Larkin, Johor (150) serta Pasir Gudang, Johor (135).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.