Ops Didik: Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal disaman

2 Okt 2026, 4:47 AM
Ops Didik: Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal disaman

SHAH ALAM, 2 OKT: Tujuh pelajar antara lapan penunggang motosikal yang dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar dalam Ops Didik di Jalan Hamzah Alang, Klang, semalam.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Klang Utara itu membabitkan pemeriksaan terhadap 21 motosikal.

“Kesemua kesalahan yang dikesan adalah berkaitan kegagalan memakai topi keledar ketika menunggang motosikal,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut BSPTD Klang Utara, aspek keselamatan perlu diberi perhatian oleh pelajar dan ibu bapa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika berada di jalan raya.

“Ibu bapa dan penjaga turut disarankan menjadikan keselamatan jalan raya sebagai pesanan harian kepada anak-anak, termasuk memastikan mereka memakai topi keledar dengan betul serta mengikat tali sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Ops Didik merupakan antara usaha penguatkuasaan dan pendidikan yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap kepentingan mematuhi peraturan keselamatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.