SARA bulanan mula dikreditkan melalui MyKad penerima hari ini

1 Okt 2026, 9:14 AM

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X hari ini memaklumkan sejumlah RM100 bantuan SARA bulanan dikreditkan kepada isi rumah yang menerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala masing-masing RM50 sebulan kepada warga emas dan bujang.

Menurut MoF, bagi penerima STR dan eKasih pula, isi rumah akan menerima RM200 bantuan SARA setiap bulan, selain RM150 untuk warga emas dan RM100 kepada golongan bujang.

MoF memaklumkan 15 kategori barangan telah diluluskan bagi pembelian menggunakan SARA merangkumi lebih 140,000 pilihan barangan asas seperti beras, telur, roti, minyak masak, ubat-ubatan di kaunter, makanan sejuk beku, makanan dalam tin serta keperluan sekolah.

SARA boleh digunakan di lebih 14,700 pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.