Sukan Asia: Eain Yow pertahan emas, sumbang pingat kelima negara

27 Sep 2026, 8:27 AM
Sukan Asia: Eain Yow pertahan emas, sumbang pingat kelima negara

NAGOYA, 27 SEPT: Jaguh skuasy negara Ng Eain Yow mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki selepas menewaskan wakil India Abhay Singh 11-9, 11-5, 11-5 pada perlawanan akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjofuto Arena hari ini.

Eain Yow, 28, yang juga juara pada edisi Hangzhou 2022, menampilkan aksi bertenaga dan tenang untuk sekali lagi menundukkan Abhay, sekali gus mengulangi pencapaian emas yang diraihnya empat tahun lalu.

Kejayaan itu turut menyaksikan pemain kelahiran Kuala Lumpur berkenaan mengesahkan tiket awal ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Pingat emas berkenaan adalah yang kelima buat Malaysia pada Aichi-Nagoya 2026 selepas dua emas menerusi karate serta masing-masing satu daripada e-sukan dan sepak takraw.

Eain Yow sebelum ini memiliki rekod sempurna menentang Abhay selepas memenangi kesemua empat pertemuan terdahulu antara kedua-dua pemain, yang kali terakhir berlangsung pada Piala Skuasy Malaysia 2024.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.