Azeem mara final 100 meter Sukan Asia

25 Sep 2026, 11:18 AM
Azeem mara final 100 meter Sukan Asia

SHAH ALAM, 25 SEPT: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mara ke final 100 meter (m) Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium, pemenang pingat gangsa edisi Hangzhou 2022 itu menduduki tempat kedua dalam saringan kedua separuh akhir dengan catatan 10.25 saat (s), lapor Berita Harian.

Dia berada di belakang pelari Korea Selatan, Joel Jin Nwamadi yang muncul juara dengan catatan 10.17s.

Hanya dua pelari terpantas setiap saringan separuh akhir layak ke final bersama dua lagi pelari terpantas berikutnya.

Sementara itu, seorang lagi pelari pecut negara, Muhammad Umaira Subri gagal melangkah ke final selepas menduduki tempat tempat ketujuh saringan kedua separuh akhir dengan catatan 10.39s.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.