Malaysia akhiri penantian 36 tahun, raih emas regu berpasukan Sukan Asia

25 Sep 2026, 8:28 AM
Malaysia akhiri penantian 36 tahun, raih emas regu berpasukan Sukan Asia

SHAH ALAM, 25 SEPT: Skuad sepak takraw lelaki negara menamatkan penantian 36 tahun untuk meraih pingat emas regu berpasukan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand 2-0 pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Kejayaan di Nagoya City Mizuho Arena itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian pada Sukan Asia Beijing 1990, iaitu kali terakhir negara memenangi emas acara berkenaan selepas menewaskan Thailand di final, lapor Berita Harian.

Malaysia bermula garang apabila trio emas, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias menewaskan gandingan Thailand, Marukin Phanmakon, Putawan Sopa dan Pornthep Tingbangbon 15-9, 5-15, 15-11 untuk menghadiahkan mata pertama.

Regu kedua negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali kemudian memastikan kemenangan selepas menundukkan regu Thailand, Kritsanapong Nontakote, Tanaphon Sapyen dan Wuttinu Kamsanor 15-13, 15-10 dalam aksi straight set.

Kemenangan itu turut menyaksikan Malaysia menewaskan Thailand dalam final regu berpasukan buat kali kedua berturut-turut selepas Sukan SEA Thailand 2025, Disember lalu.

Pingat emas sepak takraw menjadi emas keempat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.